Block B, Ground Floor, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
+(60)3-26912171
admin.mmc@moh.gov.my

SIJIL PENDAFTARAN YANG DIJANA MELALUI MeRITS

SIJIL PENDAFTARAN YANG DIJANA MELALUI SISTEM MEDICAL REGISTER INFORMATION AND TECHNICAL SYSTEM (MeRITS) MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) kali ke-395 yang bersidang pada 21 Januari 2020 telah memutuskan bahawa kesemua sijil yang dijana melalui sistem MeRITS MPM iaitu Sijil Perakuan Amalan Tahunan, Sijil Pendaftaran Sementara, Sijil Pendaftaran Penuh serta sijil-sijil yang berkaitan dengan pendaftaran yang dimuat turun dan dicetak sendiri oleh pengamal perubatan adalah dokumen yang sah digunapakai di sisi undang-undang.

Mesyuarat juga telah memutuskan sekiranya pengamal perubatan berdaftar yang ingin memohon salinan cetak yang dimeterai bagi sijil-sijil yang dikeluarkan oleh pihak MPM, bayaran sebanyak RM200.00 akan dikenakan untuk setiap salinan.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

PRESIDEN MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

29 JANUARI 2020