Block B, Ground Floor, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
+(60)3-26912171
admin.mmc@moh.gov.my

PENUTUPAN SEKRETERIAT MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

Penutupan Sekretariat Majlis Perubatan Malaysia

Penutupan Sekretariat Majlis Perubatan Malaysia akan dilanjutkan selaras dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sehingga 14 April 2020. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 sebagai langkah untuk mengawal penularan wabak COVID 19.

Saya ingin memaklumkan bahawa, semua permohonan untuk Sijil Perakuan Amalan Tahunan adalah tidak terjejas dan akan berterusan melalui sistem atas talian MeRITS di laman sesawang meritsmmc.moh.gov.my. Bagi Sijil Pendaftaran Sementara dan Sijil Pendaftaran Penuh, permohonan masih boleh dilakukan melalui sistem atas talian MeRITS tetapi tempoh untuk pemprosesan akan tergendala kerana memerlukan dokumen tambahan dari pihak majikan.

Talian mudah alih untuk Unit IT (016-2946947) sahaja akan berfungsi pada masa ini untuk membantu pengamal – pengamal perubatan yang mengalami kesulitan dengan sistem MeRITS.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, harap maklum.

Dato’ Dr Mohd Khairi bin Yakub
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Perubatan Malaysia

30 Mac 2020