SISTEM PEMBAYARAN
Sukacita dimaklumkan, pihak kami telah menaiktaraf sistem pembayaran di kaunter MPM mahupun pembayaran permohonan yang dihantar melalui pos, di mana pembayaran hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pembayaran elektronik seperti kad kredit dan kad debit, dan juga pembayaran melalui sistem atas talian (online banking/transfer) SAHAJA. Makluman tersebut akan berkuatkuasa pada 1 OGOS 2019.
Pembayaran yang menggunakan kaedah sistem atas talian hendaklah dibuat atas nama seperti berikut dan sila sertakan bukti pembayaran untuk tindakan pihak kami yang selanjutnya.
KUMPULAN WANG MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA
CIMB Islamic Bank Berhad
Acc No : 86-0009871-6
Untuk makluman juga, lain-lain bentuk pembayaran seperti wang pos, kiriman wang cek dan bank draf TIDAK LAGI DITERIMA oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).
- by admin
- on 11/11/2019