Block C, 1st Floor (Counter), Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
+(60)3-26912171
admin.mmc@moh.gov.my

PEMAKLUMAN BERKENAAN PENGGUNAAN SURAT NOMBOR RUJUKAN PERMOHONAN PEKERJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGGANTIKAN SURAT LAYAK DAFTAR PENDAFTARAN SEMENTARA

Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) kali ke-406 yang bersidang pada 25 Mei 2021 telah bersetuju untuk mengeluarkan surat dengan nombor rujukan yang akan digunakan graduan perubatan bagi tujuan permohonan pekerjaan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). Keputusan ini adalah bagi membantu urusan permohonan pekerjaan graduan perubatan ke dalam perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, Surat Nombor Rujukan Permohonan Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini akan menggantikan Surat Layak Daftar Pendaftaran Sementara sepertimana yang dikeluarkan sebelum ini berkuatkuasa serta-merta.

Adalah diingatkan bahawa nombor rujukan ini adalah bagi tujuan permohonan pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SAHAJA.

MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

09 JUN 2021