Block B, Ground Floor, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
+(60)3-26912171
admin.mmc@moh.gov.my

PERMOHONAN PERAKUAN PENDAFTARAN PENUH BAGI PENGAMAL YANG MENJALANI LATIHAN SISWAZAH DI MALAYSIA MELALUI SISTEM MeRITS

Permohonan Perakuan Pendaftaran Penuh bagi Pengamal yang Menjalani Latihan Siswazah di Malaysia melalui Sistem MeRITS

Adalah dimaklumkan bahawa semua pengamal perubatan berdaftar sementara yang telah selesai menjalani latihan siswazah di Malaysia perlu memohon untuk mendapatkan Perakuan Pendaftaran Penuh melalui sistem pendaftaran atas talian iaitu Medical Register and Information System (MeRITS) (http://meritsmmc.moh.gov.my). Pengamal sendiri adalah bertanggungjawab untuk mendaftar masuk, mengemaskini serta mengisi maklumat permohonan dengan lengkap melalui sistem tersebut.

Semua dokumen penting yang dimuatnaik haruslah diperakukan terlebih dahulu mengikut garispanduan yang telah ditetapkan. (Nota: Sila rujuk garis panduan MMC Guideline for Document Verification: https://mmc.gov.my/wp-content/uploads/2019/11/Guideline-doc-verify.pdf)

Namun bagi memastikan ketelusan dan ketepatan maklumat, pihak hospital latihan siswazah yang berkenaan bertanggungjawab menyerahkan dokumen-dokumen berikut secara terus kepada pihak MPM:

  1. Borang 8 (Certificate of Experience in a Resident Medical Capacity)
  2. Borang A (Certificate of Completion of Training) dari setiap jabatan
  3. Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dengan latihan siswazah (jika perlu)
  4. Surat Arahan Perlanjutan
  5. Salinan sijil cuti sakit
  6. Laporan Perubatan (jika cuti sakit melebihi 4 hari)
  7. Penjelasan cuti berlebihan/ tidak hadir bertugas/ jarak dalam tempoh latihan
  8. Surat Arahan Pertukaran Hospital

Ingin ditegaskan bahawa MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya proses permohonan pendaftaran penuh pengamal tergendala disebabkan permohonan tidak lengkap atau lewat diterima dari pihak pengamal mahupun hospital.

Sijil Perakuan Pendaftaran Penuh yang telah lengkap diproses boleh dimuat turun dan dicetak sendiri melalui sistem tersebut dimana cetakan tersebut adalah sah untuk digunapakai di sisi undang-undang.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Unit Pendaftaran Penuh (Warganegara) melalui aplikasi whatsapp ditalian 016-3268542 atau emel: fullmalaysian.mmc@gmail.com.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

TARIKH: 12 MAC 2020