Block C, 1st Floor (Counter), Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
+(60)3-26912171
admin.mmc@moh.gov.my

Penambahan Tempat Amalan Lain Di Dalam Sijil APC

Penambahan Tempat Amalan Lain Di Dalam Sijil APC

Adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini permohonan bagi tempat amalan lain dalam Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) yang dibuat melalui sistem Medical Register Information and Technical System (MeRITS) dihadkan kepada 10 tempat amalan lain sahaja. Sistem MeRITS ini di program sedemikian bertujuan memudahkan dan mempercepatkan proses pembaharuan APC bagi majoriti pengamal perubatan yang memiliki kurang dari 10 tempat amalan lain. Namun demikian, pihak MMC menerima maklumbalas dari segelintir pengamal perubatan dimana mereka mempunyai lebih dari 10 tempat amalan lain.

Bagi menyelesaikan isu ini, Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) kali ke-396 yang telah bersidang pada 18hb Februari 2020 telah membenarkan pengamal perubatan untuk memiliki lebih daripada 10 tempat amalan lain dan ini adalah tertakluk kepada yuran pemprosesan sebanyak RM50.00 bagi setiap tempat amalan lain yang ingin ditambah selepas melepasi 10 tempat amalan lain.

Proses ini hanya boleh dilakukan secara manual sama ada melalui permohonan terus di pejabat MPM atau melalui emel kepada Unit APC di unitapc.mmc@gmail.com dan bayaran bagi tujuan tersebut boleh dibuat secara online transfer atau melalui terminal kad kredit/debit di pejabat MPM.