Block C, 1st Floor (Counter), Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
+(60)3-26912171
admin.mmc@moh.gov.my

PEMBUKAAN SEKRETARIAT MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

Pembukaan Sekretariat Majlis Perubatan Malaysia

Sekretariat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) akan dibuka bermula 12 Mei 2020. Waktu operasi adalah dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Pengamal Perubatan yang ingin membuat sebarang permohonan adalah dinasihatkan untuk membawa komputer riba atau tablet masing – masing bagi membolehkan kakitangan MPM memberi panduan permohonan. Walaubagaimanapun, semua Pengamal Perubatan adalah dinasihatkan untuk menggunapakai sistem atas talian (MeRITS) untuk semua permohonan Sijil – Sijil Pendaftaran dan Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC). Sistem tersebut boleh diakses melalui pautan meritsmmc.moh.gov.my. Jika ada sebarang kesulitan berkenaan sistem MeRITS, sila hubungi 016-2946947.

Semua Pengamal Perubatan adalah dinasihatkan untuk menggunakan pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial semasa berurusan di kaunter MPM. Suhu badan akan diperiksa sebelum dibenarkan masuk ke ruang kaunter perkhidmatan. Pengamal Perubatan adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan amalan – amalan berikut:

        Embrace the 3W

                    i. Wash (Basuh)
                    ii. Wear (Pakai pelitup muka)
                    iii. Warn (Amaran)

        Avoid the 3C

                   i. Crowded places (Tempat sesak)
                   ii. Confined spaces (Tempat tertutup)
                   iii. Close conversation (Bercakap jarak dekat)

Kerjasama dari semua pihak adalah amat dihargai.

Dato’ Dr Mohd Khairi bin Yakub
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Perubatan Malaysia